Nokia G20 dan Nokia G10 kini rasmi bersama-sama Nokia C20 dan Nokia C10
Selain siri Nokia X yang telah menyaksikan pelancaran Nokia X20 dan Nokia X10, Nokia juga telah memperkenalkan 4 lagi telefon pintar iaitu Nokia G20, Nokia G10, Nokia C20 dan Nokia C10.
Nokia G20 dan Nokia G10 hadir dengan skrin paparan LCD HD+ berukuran 6.5-inci dan telefon pintar siri G juga telah disahkan akan menerima kemaksini OS selama 2 tahun manakala kemaskini keselamatan adalah untuk tempoh 3 tahun.
Beralih kepada bahagian dalaman, Nokia G20 hadir dengan pemproses MediaTek Helio G35, 4GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.
Nokia G10 pula hadir dengan cipset Helio G25, 3 atau 4GB RAM dengan storan dalaman 32GB ataj 64GB.
Pada bahagian kamera, Nokia G20 menampilkan penggunaan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 5MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.
Nokia G10 pula hadir dengan sensor utama 13MP bersama sensor depth dan sensor makro pada resolusi 2MP. Kamera selfie Nokia G10 adalah 8MP.
Selain itu, kedua-dua telefon pintar siri Nokia G ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,050mAh yang merupakan kapasiti bateri terbesar pernah digunakan pada peranti Nokia dan ianya juga disertakan pengecasan 10W dalam kotak.
Nokia G20 akan ditawarkan pada harga €160 (RM 788) dan akan memasuki pasaran pada bulan Mei manakala Nokia G10 akan memasuki pasaran lewat bulan ini pada harga €140 (RM 689)sahaja.
Nokia C10 & Nokia C20
Nokia C10 dan Nokia C20 adalah peranti entry-level syarikat ini yang hadir dengan sistem operasi Android 11 (Go Edition).
Berikut adalah carta spesifikasi Nokia C20 dan Nokia C10.
Nokia C20 akan memasuki pasaran pada penghujung bulan ini pada harga €90 (RM 443) manakala Nokia C10 akan memasuki pasaran pada bulan Jun 2021 pada harga €75 (RM 369).