Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Legion 2 Pro akan dilancarkan 8 April ini


Lenovo secara rasminya telah mengesahkan bahawa Lenovo Legion 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 8 April ini dan ianya akan tampil dengan bateri berkapasiti 5,500mAh.

Selain daripada kapasiti bateri, Lenovo Legion 2 Pro juga telah disahkan akan memiliki teknologi pengecasan 90W namun masih belum dapat dipastikan samada ianya sama seperti yang ditawarkan Legion Pro iaitu 2 slot USB pada kadar 45W.

Selain daripada itu, Lenovo belum mengesahkan sebarang spesifikasi Legion 2 Pro namun sebagai sebuah telefon pintar gaming, ianya dijangka akan tampil dengan cip Snapdragon 888, skrin paparan FullHD+ AMOLED 144Hz berukuran 6.92-inci dan teknologi penyejukan dual-turbo.

Selain itu, aplikasi ujian Geekbench juga telah memberikan kita petunjuk bahawa Lenovo Legion 2 Pro akan memiliki 16GB RAM dan Android 11 namun ianya mungkin ditawarkan didalam beberapa varian.

Pelancaran rasmi Lenovo Legion 2 Pro akan berlangsung didalam masa 4 hari sahaja lagi dan kita mungkin menyaksikan telefon pintar ini memasuki pasaran Malaysia tidak lama selepas itu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.