Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme lancarkan tiga aksesori gaming ke pasaran Malaysia – harga serendah RM 9.90 pada jualan pertama

Selain pelancaran realme Narzo 30A di Malaysia, realme juga telah memperkenalkan tiga produk aksesori gaming realme iaitu realme Mobile Game Finger Sleeves, realmeCooling Back Clip dan realme Mobile Game Controller.

realme lancarkan tiga aksesori gaming ke pasaran Malaysia - harga serendah RM 9.90 pada jualan pertama 7

realme Mobile Game Finger Sleeves

Realme Mobile Game Finger Sleeves direka khas untuk pemain yang jarinya mudah berpeluh untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih menyenangkan.

Ia dibuat daripada 30% Superconducting Electric Silver Fiber inya adalah 6 kali lebih sensitif daripada bahan biasa untuk pengguna mencapai kawalan yang kuat dan lancar.

Aksesori ini menggunakan Teknologi Benang Penutup Putaran (Spin Covering Yarn Technology) dengan 18 jarum tenunan padat.

Hasilnya adalah 2 kali lebih sensitif daripada kualiti 15 jarum tradisional agar pengguna lebih responsif semasa bermain dan kekal kering.

Anda dapat merasakan sentuhan sebenar semasa memakainyakerana Reka Bentuk Ultra-Slim 0.25mm adalah ringanseolah-olah anda tidak memakainya.

Reka Bentuk Elastik 4D juga sesuai dengan semua saiz jari tanpa merasa sesak untuk pengalaman permainan yang selesa.

Sarung jari realme Mobile Game Finger Sleeves ini akan ditawarkan pada harga RM 29 namun pada jualan pertama sempena Shopee 4.4 Mega Shopping Day 2021, ianya akan ditawarkan pada harga RM 9.90 sahaja.

Beli realme Mobile Game Finger Sleeves di SINI

realme lancarkan tiga aksesori gaming ke pasaran Malaysia - harga serendah RM 9.90 pada jualan pertama 8

realme Cooling Back Clip

Realme Cooling Back Clip dapat membantu telefon pintar kekal pada suhu yang optimum dengan teknologi Dual Cooling yang telah dipatenkan.

Dengan menghidupkanf ungsi Penyejukan Pantas 1 saat, peranti ini mula sejuk dengan cepat dengan cip semikonduktor ais berkuasa dan kipas 7-bilah yang membawa udara sejuk ke seluruh peranti.

Pemain ‘mobile gaming’ tidak perlu risau tentang suhu peranti yang mudah panas semasa bermain kerana dengan kesan Peltier dalam bahan semikonduktor di mana haba dapat diserap dan dibebaskan untuk mencapai penyejukan yang lebih efektif.

Aksesori ini juga beroperasi secara senyap serendah 27dB supaya pengguna dapat menikmati permainan dengan tenang. Pencahayaan RGB yang menyebarkan kesan cahaya untuk mewujudkan suasana permainan yang lebih imersif.

realme Cooling Back Clip akan ditawarkan pada harga RM 149 namun pada 4 April, anda boleh mendapatkanya pada harga RM 99 sahaja di Shopee.

realme lancarkan tiga aksesori gaming ke pasaran Malaysia - harga serendah RM 9.90 pada jualan pertama 9

realme Mobile Game Controller

Alat kawalan ini hadir dengan CapAir Mapping Technology, ia dapat menghantar isyarat elektrik secara langsung ke skrin dengan latensi yang amat rendah dan memberikan jarak kekunci ultra pendek, memastikan kepekaan tinggi dan kawalan tangkas terhadap input pemain.

Mod Burst yang boleh dirakam adalah salah satu ciri paling penting yang membolehkan pemain menyedari ledakan satu sentuhan yang dapat dirakammembolehkan anda menyerang dengan kerap dan mengalahkan pihak lawan dengan cepat.

realme Mobile Game Controller tidak memerlukan pengecasan yang kerap kerana jangka hayat baterinya yang panjang selama 80 jam mencukupi untuk 4 jam bermain berterusan setiap hari untuk 20 hari.

Pengawalan 
menggunakan Micro Switch Trigger dengan maklum balas yang jelas di mana penekanan kekunci lebih pendek dan pemicu lebih cepat, menjadikan operasi penuh dengan irama.

realme Mobile Game Controller akan ditawarkan pada harga RM 99 namun tarikh penjualan masih belum diumumkan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.