Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Smart Band 6 akan dilancarkan 29 Mac ini


Majlis pelancaran Xiaomi yang dijadualkan akan berlangsung malam ini nampaknya akan turut menyaksikan syarikat ini melancarkan jam pintar kecergasan popular terbaru mereka iaitu Mi Smart Band 6.

Xiaomi Mi Smart Band 6 dilancarkan kurang setahun selepas pelancaran Mi Smart Band 5 yang dilancarkan pada Julai tahun lalu.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat Mi Smart Band 6 namun segala persoalan mengenai jam kecergasan ini akan diketahui pada pelancaran yang akan berlangsung jam 7.30 malam ini.

Selain Mi Smart Band 6, Xiaomi juga akan memperkenalkan beberapa model didalam siri Xiaomi Mi 11 iaitu Mi 11 Lite, Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra.

Tonton di : Facebook Xiaomi Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.