Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Air 2 Malaysia – TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 19

realme Malaysia, sebuah jenama telefon pintar dan produk AIoT yang sentiasa menawarkan pengguna satu produk yang trendy, menarik dan premium pada harga yang berpatutan. 

Kejayaan luar biasa realme di Malaysia dan pasaran global adalah adalah hasil usaha keras syarikat ini untuk kekal pada prinsip Dare to Leap.

Terbaru, realme Malaysia telah mengumumkan bahawa produk audio terbaru syarikat ini iaitu realme Buds Air 2 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 25 Mac ni.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 20

 Active Noise Cancellation (ANC)

realme Buds Air 2 yang merupakan generasi kedua realme Buds Air kini menawarkan ciri Active Noise Cancellation yang merupakan satu ciri eksklusif pada earbuds dan headphone flagship yang lebih mahal.

Lebih-lebih lagi, realme dilihat berazam untuk menawarkan teknologi pembatalan bunyi bising (noice cancellation) yang premium ini pada harga yang boleh diakses oleh semua yang menjadikan sebuah ciri premium mewah kini boleh dinikmati oleh rata-rata pengguna.

Dalam pada itu, azam realme melalui Buds Air 2 adalah untuk memberikan golongan muda pengalaman Active Noise Cancellation yang memberikan mereka satu tahap pendengaran muzik tanpa gangguan bunyi yang lebih imersif.

Selain itu, teknologi ANC pada realme Buds Air 2 mampu menapis bunyi bising sehingga 25dB dan ianya mengawasi tahap bunyi luaran melalui satu mikrofon sebelum earbuds menghantar bunyi anti-kebisingan yang menghalang bunyi luaran ini sampai ke gegendang telinga pengguna.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 21

Seterusnya, realme Buds Air 2 juga berkeupayaan untuk menapis bunyi berfrekuensi rendah seperti bunyi kereta api dan pelbagai jenis bunyi yang dihasilkan oleh pengangkutan awam serta bunyi produk kelengkapan rumah seperti penyeduk habuk. 

Tambahan lagi, pilihan saiz eartip yang sesuai memastikan kesan isolasi bunyi yang lebih berkesan pada realme Buds Air 2 ini.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 22

25 Jam Pendengaran*

Dengan penggunaan cip realme R2 dan kapasiti bateri yang lebih luas berbanding generasi sebelum ini, realme Buds Air 2 menawarkan anda sehingga 25 jam waktu pendengaran.

Selain itu, bateri terbina didalam earbuds sahaja mampu menawarkan anda 5 jam waktu pendengaran iaitu 2 jam lebih lama berbanding model sebelum ini atau sekitar 66.7% lebih baik.

Tambahan lagi, ini juga menyumbang kepada peningkatan jangka hayat bateri realme Buds Air 2 dari 17 jam kepada 25 jam berbanding generasi pertama.

Jika anda tergesa-gesa atau terlupa untuk mengecas realme Buds Air 2, anda tidak perlu risau kerana dengan hanya 10 minit pengecasan ketika anda sedang bersiap mampu memberikan anda 120 minit waktu pendengaran yang cukup memadai.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 23

Pengalaman Audio (realme Audio Studio× The Chainsmokers)

10mm Hi-Fi Bass Boost Driver

Komponen dalaman berkualiti tinggi adalah asas kepada satu peranti audio yang baik. Untuk meningkatkan kualiti dan pengalaman audio yang terbaik, realme telah bekerjasama dengan The Chainsmokers dan telah memutuskan untuk menggunakan diafragma karbon seperti berlian yang kebiasaanya hanya dapat dilihat di pada  earbud premium 

Hasilnya, anda dapat menikmati satu pengalaman audio berkualiti tinggi kerana penggunaan bahan dengan kekerasan setanding berlian.

 

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 24

88ms Super Low Latency (Game Mode)

Untuk memenuhi permintaan golongan muda yang kini semakin meminati permainan video sambil memakai headphone, realme telah meningkatkan kebolehan Game Mod pada realme Buds Air 2 ini.

Mod Game kini menawarkan kadar latensi serendah 88ms yang menjadikanya yang terendah didalam industri dan ianya adalah 35% lebih rendah berbanding generasi sebelum ini.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 25
Cip realme R2

Setiap kemajuan teknologi yang dibawakan oleh realme adalah hasil R&D yang sangat penting dan pada realme Buds Air 2, syarikat ini telah mengguna pakai cip pembatalan bunyi bising generasi baru yang lebih pintar iaitu cip realme R2.

Lebih penting, cip realme R2 ini juga menyokong fungsi active noise cancellation dan generasi baharu ini juga menawarkan penggunaan tenaga yang lebih efisien, sambungan lebih stabil dan panggilan suara yang lebih jelas dan berkualiti.

Berbanding cip realme R1, jangka hayat bateri yang ditawarkan cip realme R2 yang digunakan pada realme Buds Air 2 adalah 80% lebih baik manakala kadar latensi adalah 35% lebih rendah.

Lebih-lebih lagi, isyarat penerimaan dan transmisi juga telah ditambah baik sebanyak 3dB dan 2dB manakala sambungan Bluetooth yang digunakan adalah Bluetooth 5.2.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 26
Selain itu, realme Buds Air 2 juga memiliki pensijilan kalis air IPX5 yang membolehkan anda memakai earbuds ketika bersenam dan didalam hujan.

Dalam pada itu, TWS terbaru realme ini juga disertakan dengan pelbagai ciri pintar seperti Open-up Auto Connection & Google Fast Pair, Smart Wear Detection dan Intelligent Touch Controls.

Akhir sekali,  realme Buds Air 2 dengan teknologi Active Noise Cancellation ini menjadikanya sebagai antara TWS pertama di dalam kelas harganya untuk menawarkan teknologi premium ini.

realme Buds Air 2 Malaysia - TWS Pada Harga RM 199 Dengan Teknologi Active Noise Cancellation (ANC) Yang Dibangunkan Bersama “The Chainsmokers”, Dapatkanya pada 3 April ini 27

realme Buds Air 2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 melalui saluran jualan offline mulai 3 April ini iaitu di wakil penjual rasmi dan realme Brandstore. Layari realme Facebook page dan realme Instagram  untuk mendapatkan info yang lebih.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.