Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Luno: Pertumbuhan Positif Minat Wanita Malaysia dalam Mata Wang Kripto

Luno: Pertumbuhan Positif Minat Wanita Malaysia dalam Mata Wang Kripto 5
Luno, pertukaran aset digital pertama yang diluluskan oleh Suruhanjaya SekuritiMalaysia, mendedahkan bahawa peratusan pengguna wanitanya telah meningkat daripada 12% ke purata kukuh 20% sejak dilancarkan pada tahun 2019.

Di samping itu, jumlah purata urus niaga pengguna wanita telah meningkat daripada purata 6% ke 15% sebulan, menggambarkan trend positif pelaburan mata wang kripto di kalangan pengguna wanita di Malaysia.

Di Luno, 96% pengguna wanita di Malaysia membeli matawang kripto untuk tujuan pelaburan. Bitcoin (BTC) adalah mata wang kripto yang paling digemari pada 56% kerana popularitinya sebagai simpanan nilai alternatif.

Luno: Pertumbuhan Positif Minat Wanita Malaysia dalam Mata Wang Kripto 6

Sebilangan besar aktiviti transaksi terhasil daripada pengguna wanita yang berusia di antara 30 hingga 39 tahun (lebih daripada 60%) diikuti oleh 50-59 tahun (13%) dan 40-49 tahun(12.4%).

Sebilangan besar pengguna wanita berasal daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk pendidikan, perakaunan, dan penjagaan kesihatan.

Bagi mata wang kriptolain yang ditawarkan oleh Luno, Ethereum (ETH) berada pada 22%, Ripple (XRP) pada 16% dan Litecoin (LTC) pada 6%.

Data ini berdasarkan aktiviti pengguna wanita Luno dari enam bulan terakhir.

Berucap ketika sesi media maya mengenai mata wang kripto untuk wanita yang dianjurkan oleh Luno, Scarlett Chai, KetuaPemasaran & Perkongsian Luno Malaysia berkata, “Ianya memberangsangkan apabila melihat begitu ramai wanita Malaysia menerokai dunia mata wang kripto.

Sebilangan besar daripada mereka melihat kemampuan mata wang kripto untuk membantu mereka mencapai kebebasan kewangan.

Selain itu, penyertaan wanita dalam industri mata wang kripto semakin berkembang di Malaysia. Di Luno Malaysia, kami berbangga mempunyai 38% pasukan kami yang terdiri daripada wanita.

Ini menunjukkan bahawa wanita terbuka untuk menceburi industri menarik dan berkembang pesat ini serta memainkan peranan yang penting dalam membangunkannya. “

Menurut beliau lagi, “Melangkah ke hadapan, kami merancang untuk menganjurkan lebih banyak perbincangan yang berfokuskan wanita mengenai mata wang kripto dan kewangan peribadi dengan bekerjasama dengan kumpulan kewangan peribadi dan pencipta kandungan bebas.

Matlamat kami adalah untuk mendorong lebih ramai wanita mengambil bahagian dalam teknologi yang menarik ini kerana kami yakinia berpotensi untuk memberi kesan positif  jangka panjang yang bermakna kepada semua anggota masyarakat, tidak kira siapa mereka atau dari mana asal mereka.

Untuk mencapai matlamat tersebut, kita bukan hanya perlu mengambil kira,tetapi juga memanfaatkan perspektif semua anggota masyarakat terutama wanita.”

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.