Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M02 kini rasmi di Malaysia – Dapatkan di Lazada pada harga RM 299 esok


Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Galaxy M02 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 27 Mac ini dan ianya boleh didapati pada harga RM 299 sahaja sempena jualan Lazada’s 9th Birthday mulai tengah malam ini (25% lebih murah berbanding harga asal RM 399).

Jom kita ketahui spesifikasi Samsung Galaxy M02 ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD+ Infinity-V berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek MT6739W, 2GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Pada bahagian belakang, Galaxy M02 juga memiliki kamera utama 13MP + kamera makro 2MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy M02 menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 7.75W dan ianya adalah melalui sambungan MicroUSB.

Lain-lain spesifik Galaxy M02 adalah sokongan kad microSD sehingga 1TB, bicu audio 3.5mm, slot 2 SIM + 1 microSD dan antaramuka One UI Core.

Samsung Galaxy M02 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Hitam dan Biru pada harga RM 399.

Seperti yang kami maklumkan di atas, anda boleh mendapatkan Galaxy M02 di Lazada pada harga RM 299 mulai tengah malam ini (pada 27 Mac sahaja) dan stok adalah terhad.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.