Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile di iktiraf sebagai penyedia kualiti rangkaian internet yang paling konsisten di Malaysia oleh Tutela

U Mobile baru-baru ini diakui dalam laporan Southeast Asia State of Mobile Experience oleh Tutela, sebuah syarikat data sumber bebas dengan panel global yang terdiri dari lebih 300 juta pengguna telefon pintar.

U Mobile telah diiktiraf sebagai syarikat telekomunikasi Malaysia yang memberikan kualiti rangkaian yang konsisten didalam kes penggunaan yang tertentu seperti panggilan video HD, permainan multiplayer dan penstriman video HD.

U Mobile juga memperoleh peratusan tertinggi Core Consistent Quality, yang mewakili kes penggunaan harian yang kebanyakan menggunakan data seperti penstriman video SD, melayari laman web atau memuat naik foto ke media sosial.

Selain itu, U Mobile juga menjadi penyedia kadar Upload Throughput, dengan kelajuan median 8.0 Mbps.

Berdasarkan laporan tersebut, 63% ujian dari pengguna melepasi tahap konsistensi “Cemerlang”, sementara 83.3% ujian melepasi tahap konsistensi “Core”.

U Mobile merasa terhormat kerana diakui oleh Tutela sebagai mempunyai konsistensi tertinggi dalam prestasi rangkaian kami untuk senario penggunaan yang tertentu dan seharian.

Pengiktirafan ini amat bermakna kerana ia menunjukkan bahawa walaupun permintaan penggunaan pada rangkaian meningkat semasa wabak Covid-19, U Mobile dapat memberikan pengalaman yang paling konsisten kepada pelanggan mereka.

Sebagai telco termuda di Malaysia, pengiktirafan ini juga menegaskan bahawa pengembangan dan peningkatan agresif terhadap rangkaian U Mobile telah membuahkan hasil.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.