Telefon Pintar Honor dengan cip Snapdragon 888 akan dilancarkan pada Julai – mungkin dengan GMS
Peralihan Honor sebagai satu jenama yang berdiri telah lengkap dan menurut sumber dari China, Honor akan melancarkan satu telefon pintar flagship dengan pemproses Snapdragon 888 pada bulan Julai iaitu dibawah siri Honor Magic.
Pada bulan Januari, Honor telah memperkenalkan Siri Honor V40/View 40 yang telah dibangunkan dibawah seliaan Huawei dan ianya menampilan cipset Dimensity 1000+.
Dalam pada itu, pakar industri yang mengulas mengenai kelewatan pelancaran telefon pintar Honor ini berkata sebab utama adalah disebabkan kekurangan cip Snapdragon 888 yang kini mendapat permintaaan tinggi.
Lebih-lebih lagi, Honor adalah antara yang terkesan teruk kerana kelewatan syarikat ini melakukan tempahan cip.
Akhir sekali, telefon pintar ini mungkin menjadi peranti pertama Honor untuk hadir dengan sokongan GMS sekaligus menjadikanya satu peranti yang menarik kepada pengguna di pasaran antarabangsa.