Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad 10.4 dengan skrin 2K dan Kirin 820 akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Mac ini


Huawei secara rasminya telah mengesahkan Huawei MatePad 10.4 akan memasuki pasaran Malaysia pada 20 Mac ini namun harga penjualan masih belum diumumkan.


Huawei MatePad 10.4 hadir dengan skrin paparan 10.4-inci dengan resolusi 2K (2000 x 1200) yang menampilkan sisi bezel yang nipis dengan nisbah skrin kepada badan 84% dan tidak lupa juga pembesar suara Harmon Kardon (quad-speaker) yang menawarkan pengalaman audio terbaik pada tablet.

Selain itu, Huawei MatePad 10.4 ini akan hadir dengan pemproses HiSilicon Kirin 820 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB storan dalaman (terdapat juga sokongan kad MicroSD sehingga 512GB).

Selain itu, Huawei MatePad 10.4 akan hadir dua unit kamera 8MP iaitu satu dibahagian belakang dan satu dibahagian hadapan.

Beralih kepada bateri, Huawei MatePad 10.4 juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,250mAh yang mana pengecasan dilakukan melalui slot USB-C ( 0-30% dalam masa 30 minit atau 2.5 jam untuk pengecasan penuh).

Lain-lain spesifikasi Huawei MatePad 10.4 ini adalah sokongan WiFi-6, sokongan stylus M-Pencil dan EMUI 10.1 (berasaskan Android 10).

Huawei MatePad 10.4 ini akan ditawarkan didalam satu pilihan warna sahaja iaitu Midnight Grey.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.