Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 akan menawarkan bateri yang lebih besar & Skrin ProMotion 120Hz

@xdadevelopers

Apple dilaporkan akan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik pada siri iPhone 13 tahun ini dengan beberapa perubahan dari segi reka bentuk, kapasiti bateri dan komponen yang lebih jimat tenaga.

Penganalisa Apple, Ming-Chi Kuo menjelaskan bahawa semua model iPhone 13 akan tampil dengan kapasiti bateri yang lebih tinggi.

Menurut beliau lagi, peningkatan kapasiti bateri ini berjaya dilakukan dengan beberapa pilihan reka bentuk yang membolehkan lebih banyak ruang untuk bateri, antaranya adalah integrasi slot SIM pada motherboard dan mengurangkan ketebalan komponen kamera TrueDepth dibahagian hadapan.

Sebagai perbandingan, kapasiti bateri pada iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max adalah lebih rendah berbanding keluarga iPhone 11 namun jangka hayat bateri adalah lebih kurang sama kerana komponen yang lebih efisen.

Walaubagaimanapun salah satu kekurangan yang terpaksa dilakukan adalah model iPhone 13 dijangka lebih berat kerana bateri yang lebih besar.

Selain itu, pengunaan teknologi skrin paparan ProMotion 120Hz pada iPhone 13 dan iPhone 13 Pro Max juga dijangka akan menyumbang kepada peningkatan jangka bateri yang lebih baik kerana ianya mampu menawarkan kadar segar semula mengikut keperluan kandungan pada skrin.

Tambahan lagi, pengunaan cip A15 Bionic juga sudah pasti akan meningkatkan lagi tahap cekap tenaga iPhone 13.

Apple iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada September tahun ini.

sumber : MacRumors

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.