Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Google Fit kini menawarkan bacaan degupan jantung dan kadar respiratori terus pada telefon pintar Android


Google telah mengumumkan ciri bacaan kadar degupan jantung dan kadar respiratori akan ditawarkan pada aplikasi Google Fit dan sebagai permulaan, ianya akan ditawarkan pada telefon pintar Google Pixel.

Dengan ciri ini, pengguna aplikasi Google Fit boleh membuat bacaan kadar degupan jantung dan respiratori terus pada telefon pintar dengan menggunakan kamera hadapan dan kamera selfie.

Selain itu, bacaan kadar degupan jantung dilakukan dengan meletakkan jari pada sensor kamera dan ianya merupakan satu cara mengukur kadar degupan jantung yang kos efektif.

Bagi mengukur kadar respiratori pula, anda perlu berada didalam posisi yang tepat dengan membuka kamera hadapan supaya wajah dan badan kelihatan. Kamera ini akan membaca pergerakan dada untuk melihat pernafasan anda

Walaubagaimanapun, Google dengan jelas juga telah menyatakan bahawa ciri ini bukan untuk tujuan perubatan dan pengguna tidak sepatutnya bergantung kepada ciri ini jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Google juga telah mengesahkan bahawa ciri ini akan mula ditawarkan kepada telefon pintar Google Pixel minggu ini sebelum ke peranti Android yang lain tidak lama selepas itu.

Aplikasi Google Fit juga ditawarkan pada peranti iOS namun tidak dapat dipastikan samada ciri ini akan ditawarkan pada platform tersebut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.