Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi pengecasan 200W – mungkin Mi 11 Ultra


Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan satu telefon pintar yang menawarkan teknologi pengecasan pantas berwayar pada kadar 200W.

Menurut akaun Weibo Digital Chat Station, telefon pintar Xiaomi ini juga akan hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, sokongan pengecasan berbalik dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Selain itu, laporan ini juga mendedahkan bahawa pelancaran telefon Pintar dengan teknologi pengecasan 200W ini akan berlangsung pada pertengahan kedua tahun ini namun terdapat kemungkinan besar ianya akan dilancarkan lebih awal melalui Xiaomi Mi 11 Ultra.

Jika benar , Xiaomi Mi 11 Ultra akan menjadi pengganti kepada Xiaomi Mi 10 Ultra yang merupakan pemegang rekod telefon pintar dengN teknologi pengecasan terpantas bagi tahun 2020 (120W).

Setakat tahun ini, vivo iQOO 7 dan Nubia Red Magic 6 Pro telah menawarkan teknologi pengecasan yang sama seperti pada Xiaomi Mi 10 Ultra.

Pelancaran Mi 11 Ultra dengan teknologi pengecasan 200W adalah sesuatu yang pasti akan meletakkan Xiaomi sebagai pendahulu didalam teknologi pengecasan pantas pada telefon pintar.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.