Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri OnePlus 9 disahkan akan hadir dengan adapter pengecasan dalam kotak


Semalam kami telah melaporkan mengenai kerjasama OnePlus dengan jenama kamera terkemuka global iaitu Hasselblad.

Sejurus selepas itu, OnePlus telah mengeluarkan teaser pertama telefon pintar Siri OnePlus 9 yang akan menjadi model pertama dengan teknologi kamera Hasselblad.

Berdasarkan teaser ini, sistem kamera Hasselblad pada OnePlus 9 dilihat akan membuka lembaran baru fotografi pada telefon pintar OnePlus.

Selain itu, pada akhir video berdurasi 60 saat ini, OnePlus telah mendedahkan reka bentuk modul kamera OnePlus 9 yang juga disertakan dengn logo Hasselblad.

Dalam pada itu, Pete Lau juga telah mengesahkan bahawa siri OnePlus 9 akan hadir dengan adapter pengecasan didalam kotak yang bermaksud syarikat ini tidak mengikut jejak langkah Apple dan Samsung.

Selain itu, Siri OnePlus 9 dijangka akan hadir dengan cipset Snapdragon 888, skrin paparan Fluid AMOLED 120Hz, 8GB RAM dan storan dalaman dari 128GB.

Siri OnePlus 9 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.