Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Siri Samsung Galaxy S21 adalah yang tertinggi sejak 2017

Penjualan Siri Samsung Galaxy S21 adalah yang tertinggi sejak 2017 1

Penjualan Siri Samsung Galaxy S21 adalah yang tertinggi sejak 2017 2
Laporan terbaru dari Korea Selatan mendakwa Samsung telah berjaya menjual 590,000 unit telefon pintar siri Galaxy S21 setakat ini dan ianya adalah angka tertinggi selepas Samsung Galaxy S8 iaitu sebanyak 620,000 unit.

Selain itu, Jumlah jualan Siri Samsung Galaxy S21 bagi bulan pertama adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding siri Galaxy S20 tahun lalu.

Laporan dari Atlas Research & Consulting ini juga menyebut bahawa sebab utama Samsung berjaya meningkatkan penjualan siri Galaxy S adalah kerana tawaran peranti premium flaghsip pada harga yang lebih rendah berbanding generasi sebelum ini.

Di Korea, Samsung Galaxy S21 mempunyai harga permulaan KRW990,000 (RM 3,577) manakala Galaxy S20 pula mempunyai harga permulaan KRW1,248,500 (RM 4,507) iaitu sekitar 20% lebih mahal.

Walaubagaimanapun, trend penurunan harga bagi siri Galaxy S dilihat tidak benar bagi semua pasaran yang termasuk Malaysia yang mana harga di Malaysia kekal seperti sebelum ini selepas mengambil kira pelancaran varian 128GB baru-baru ini.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy S20 hadir dengan harga penjualan RM 3,599 manakala Galaxy S20+ pula hadir dengan harga penjualan RM 3,999 diikuti Galaxy S20+ Ultra pada harga RM 4,999.

Galaxy S21 pula ditawarkan pada harga RM 3,499  Galaxy S21+ pula hadir dengan harga RM 3,999 diikuti Galaxy S21 Ultra pada harga RM 4,999.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy Buds Pro – TWS terbaik Galaxy dengan ANC dan Voice Detect

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.