Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus jalin kerjasama dengan jenama kamera ikonik Hasselblad – bermula dari OnePlus 9 yang akan dilancarkan 23 Mac ini


OnePlus secara rasmi telah mengumumkan kerjasama tiga tahun dengan pengeluar kamera ikonik Hasselblad untuk bersama-sama membangunkan sistem kamera telefon pintar generasi seterusnya untuk peranti flagship OnePlus yang akan datang.

Kedua-dua syarikat telah bekerjasama dalam sistem kamera  terbaru syarikat iaitu – Hasselblad Camera for Mobile pada Siri OnePlus 9 yang akan dilancarkan secara global pada 23 Mac ini.

Di samping itu, OnePlus juga mengumumkan rancangannya untuk melabur lebih dari USD 150 juta untuk tempoh tiga tahun akan datang bagi meningkatkan kemampuan pengimejan telefon pintar OnePlus dalam usaha berterusan untuk memberikan pengalaman kamera telefon pintar terbaik untuk penggunanya.

“OnePlus selalu mengutamakan pengalaman pengguna premium daripada yang lain. Bermula pada tahun 2021, kami membuat usaha bersama untuk meningkatkan pengalaman kamera telefon pintar bagi pengguna kami, dengan kepakaran rakan di Hasselblad, ”kata Pete Lau, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus.

Siri OnePlus 9 yang akan dilancarkan didalam masa beberapa minggu sahaja lagi akan menampilkan pengunaan sensor Sony IMX789 yang menjadikanya sensor terbesar dan tercanggih pernah digunakan pada telefon pintar OnePlus.

Selain itu, sistem kamera Hasselblad Camera for Mobile juga membolehkan siri OnePlus 9 mengambil rakaman video HDR yang lebih baik selain sokongan rakaman video 4K 120fps dan 8K 30fps.

Akhir sekali, majlis pelancaran rasmi Siri OnePlus 9 akan berlangsung pada 23 Mac ini ( sekitar jam 11 malam waktu Malaysia).

Maklumat lanjut mengenai pelancaran ini boleh diketahui di https://www.oneplus.com/launch

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.