Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Raikan Keriangan Magnum Cookies and Cream melalui Pengalaman AR yang pertama oleh Magnum


Magnum merungkaikan sebuah pengalaman realiti terimbuh (AR) yang pertama seumpamanya,
Magnum Playground yang menyuntik nafas kepada keriangan Magnum Cookies and Cream melalui pelbagai aktiviti virtual.

Magnum mempelawa para individu yang mendambakan kepuasan untuk mendalami Magnum Playground secara virtual, iaitu sebuah portal AR yang dirumus untuk mencetus keriangan dan ketakjuban melalui pelbagai aktiviti dan ganjaran.

“Di Magnum, kami percaya bahawa kepuasan dapat ditemui dalam setiap selok-belok yang kami susuri – biar melalui detik-detik riang dalam kehidupan kita atau dengan menikmati manisan serba mewah yang memukau.

Magnum Playground merangkapkan mesej keriangan yang kami ingin sampaikan, dan kami teruja untuk mempelawa anda semua untuk menerokai portal AR kami yang sulung, diperkenalkan sempena tawaran aiskrim kami yang terbaharu – Magnum Cookies and Cream,” ujar Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran Kategori Aiskrim.

Di Magnum Playground, anda dapat mengambil gambar yang unik di Cookies & Cream Photo Booth, di mana anda juga berpeluang untuk menyertai peraduan Instagram kreatif untuk memenangi hadiah wang tunai yang menarik.

Cara penyertaan:

1) Rakam gambar atau video anda yang penuh dengan keriangan melalui filter dalam Cookies & Cream Photo Booth.
2) Muat naik gambar atau video berkenaan ke Instagram anda, dan pastikan profil anda dapat ditatap oleh umum.
3) Tag kami di @wallsmalaysia dan rangkumkan #MagnumPlayground dalam kapsyen anda.

Anda juga boleh menebus kod baucar Foodpanda bagi khidmat penghantaran Walls melalui Foodpanda apabila anda melengkapkan permainan mini dalam Magnum Playground.

Pilih ruang yang kosong dan mengalami Magnum Playground yang menakjubkan di SINI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.