Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple kini mempunyai 40% pegangan pasaran jam pintar global

Apple kini mempunyai 40% pegangan pasaran jam pintar global 1

Apple kini mempunyai 40% pegangan pasaran jam pintar global 2
Menurut laporan terbaru dari Counterpoint Research, Apple telah mengekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu pasaran jam pintar  tempoh suku ke-4 tahun 2020 (Oktober – Disember).

Pasaran jam pintar ini juga telah menyaksikan peningkatan jumlah penjualan sebanyak 1.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan Apple Watch kini mempunyai 40% pegangan pasaran.

Selain itu, Samsung berada di tempat kedua dengan 10% diikuti oleh Huawei dengan 8% manakala Fitbit (7%) dan BBK (6%) melengkapkan senarqi lima jenama jam pintar  teratas.

Apple kini mempunyai 40% pegangan pasaran jam pintar global 3

Laporan baru juga menunjukkan bahawa Apple penjualan  Watch Series 6 dan Watch SE pada suku terakhir tahun 2020 telah mencapai 12.9 juta unit.

Bulan lalu, Apple telah melepasi angka 100 juta untuk penjualan Apple Watch.

Menurut Counterpoint, pasaran jam tangan pintar global menyaksikan kenaikan harga jualan putata (ASP) dari jenama seperti Apple, Samsung dan Huawei.

Trend ini dijangka akan berterusan pada tahun 2021.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.