Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo dengan cip Dimensity 1200 pula disahkan untuk pelancaran


Kurang 24 jam selepas mencuri tumpuan dunia dengan pelancaran realme GT 5G, naib presiden realme, Xu Qi telah mengesahkan bahawa satu lagi ahli keluarga realme GT akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu realme GT Neo.

realme GT Neo dilaporkan akan hadir dengan cipset flaghsip daripada MediaTek iaitu Dimensity 1200 dan bukanya Snapdragon 888 seperti yang digunakan pada realme GT.

Selain daripada itu, tidak ada sebarang maklumat rasmi mengenai realme GT Neo.

Cip Dimensity 1200 telah diumumkan pada bulan Januari, dan merupakan chipset flagship MediaTek yang diperbuat dengan proses 6nm

Selain itu, cip Dimensity 1200 ini juga dikatakan 22% lebih baik daripada Dimensity 1000+ namun masih menggunakan GPU yang sama iaitu Mali-G77MC9.

Akhir sekali, menurut laporan yang dikeluarkan oleh MediaTek ketika pelancaran, telefon pintar pertama dengan cipset Dimensity 1200 dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Mac atau April dan model yang dimaksudkan dilihat hampir pasti merujuk kepada realme GT Neo.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.