Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C21 kini rasmi di Malaysia – peranti entry-level serba lengkap


realme secara rasminya telah memperkenalkan realme C21 yang merupakan satu model serba lengkap didalam kelas entry level siri realme C.

realme C21 hadir dengan skrin paparan HD+ Mini-drop Fullscreen berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin 89.5%.

Selain itu, realme C21 juga akan tampil dengan cipset Helio G35, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, realme C21 memiliki sensor AI Triple Camera yang terdiri daripada sensor utama 13MP, sensor monokrom 2MP dan sensor makro 2MP.

Beralih kepada bateri pula, realme C21 akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000 dengan sokongan pengecasan 10W dan OTG reverse charge.

realme C21 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cross Black dan Cross Blue.

Maklumat harga dan tarikh penjualan realme C21 akan diumumkan pada tengah malam ini di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.