Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M62 kini di Malaysia – dapatkan di Lazada pada harga RM 1,999


Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Samsung Galaxy M62 kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999.

Samsung Galaxy M62 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci, pemproses Exynos 9825 dan 8GB RAM.

Selain itu, Galaxy M62 juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor Ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah sensor 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Samsung Galaxy M62 tampil dengan bateri berkapasiti 7,000mAh (berat peranti hanya 219 gram) dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy M62 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu biru dan hitam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.