Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan melancarkan dua cipset Exynos dengan GPU AMD tahun ini


Leakster terkenal iaitu Ice Universe telah melaporkan bahawa Samsung akan memperkenalkan tiga cipset Exynos pada tahun ini iaitu siri Exynos 800, Exynos 1200 dan Exynos 2200.

Lebih menarik, Siri Exynos 1200 dan Exynos 2200 yang akan digunakan pada peranti tahap atasan dan flaghsip akan memiliki GPU yang berasaskan arkitektur RDNA milik AMD.


Ice Universe sebelum ini juga telah memberikan maklumat bahawa Samsung akan mempamerkan kebolehan GPU ini pada bulan Jun manakala pelancaran rasmi cipset akan berlangsung kemudian.

Walaubagaimanapun, telefon pintar pertama dengan GPU AMD dijangka tidak akan memasuki pasaran sehingga tahun hadapan memandangkan jangka masa pelancaran telefon pintar dengan cipset Exynos yang baru ini masih belum didedahkan.

Selain digunakan pada telefon pintar, cipset Exynos ini juga mungkin digunakan pada komputer riba Windows 10 keluaran syarikat ini.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.