Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Xiaomi Redmi Note 10 akan dilancarkan 4 Mac ini


Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa pelancaran global Siri Xiaomi Redmi Note 10 akan berlangsung pada 4 Mac ini.

Kini, pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan perkara ini dan anda boleh menyaksikan sendiri pelancaran ini pada 4 Mac jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia 

Selain itu, pengesahan ini juga memberikan indikasi bahawa siri Redmi Note 10 ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Redmi Note 10 dijangka akan hadir dengan teknologi kamera yang lebih baik iaitu sensor 108MP.

Selain itu, Redmi Note 10 juga akan menyokong 5G dengan pengunaan cipset Snapdragon 750G, panel LCD dengan kadar segar semula yang lebih tinggi dan banyak lagi.

Pelancaran siri Redmi Note 10 hanya berbaki 3 hari sahaja lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.