Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kotak realme GT 5G didedahkan – pelancaran pada 4 Mac ini


realme GT 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac dan telefon pintar ini kini telah melalui meda ujian Geekbench dengan sistem operasi Android 11 dan 12GB RAM.

realme GT 5G dengan nombor model RMX2202 disenaraikan dengan nama cipset “Lahaina” yang merupakan kod nama bagi pemproses Snapdragon 888.

Walaubagaimanapun, pangkalan data Geekbench ini tidak mendedahkan spesifikasi lain realme GT 5G ini namun sudah sedia maklum bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan Snapdragon 888, LPDDR5 RAM, storan UFS 3.1, dan tetapan tri-kamera 64MP .

Selain itu, realme GT 5G juga telah disahkan akan hadir dengan panel skrin Super AMOLED 120Hz yang juga menawarkan sensor capjari terbina dalam skrin.

Dalam pada itu, naib presiden realme, Xu Qi Chase baru-baru ini juga telah mengesahkan bahawa realme GT 5G akan hadir dengan pembesar suara stereo dan Dolby Atmos.

Akhir sekali, realme GT 5G dikatakan akan menjadi antara telefon pintar dengan Snapdragon 888 termurah dipasaran iaitu dengan harga permulaan dibawah CNY 2,999 (RM 1,877).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.