Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C21 tiba di Malaysia 5 Mac ini – Bateri 5,000mAh & Tri-Kamera AI 13MP


realme secara rasminya telah mengesahkan bahwa siri realme C akan membuat penampilan semula ke pasaran Malaysia.

realme C21 akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac ini iaitu hampir 3 bulan selepas pelancaran realme C15 pada November 2020.

realme C21 adalah telefon pintar entry-level yang mana syarikat ini telah mengesahkan akan hadir dengan skrin paparan mini-drop berukuran 6.5-inci, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W Quick Charge dan Tri-kamera AI 13MP.

Selain itu, realme C21 juga akan hadir dengan cipset berkebolehan yang mampu menawarkan pengguna prestasi peranti yang lengkap (mungkin MediaTek Helio G35).

Pelancaran realme C21 di Malaysia akan berlangsung didalam masa 4 hari sahaja lagi dan anda boleh mengikuti perkembangan terkini di  Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.