Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MateBook D14 2020 Edisi Intel kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia

HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Sejak dilancarkan pada tahun 2020, komputer riba HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel yang berprestasi tinggi dan berpatutan ini telah memenuhi keperluan pelbagai pengguna.

Kini, HUAWEI mempersembahkan kepada anda Edisi Intel yang anggun dan hebat pada harga 3,399 dan anda juga akan menerima tetikus Bluetooth HUAWEI yang bernilai RM249 secara percuma.

Hendak mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel terbaru?

Berikut adalah empat sebab mengapa anda tidak boleh melepaskan peluang untuk memiliki komputer riba terbaru Huawei ini.

Keunggulan prestasi dengan harga yang berpatutan

HUAWEI Matebook D14 2020 Intel Edition hadir dengan pemproses generasi terbaru, Pemproses Intel Core i5-10510U Gen 10 yang disertakan dengan sistem operasi Windows 10 terkini, sekaligus memberikan anda prestasi yang lancar untuk penggunaan seharian.

Privasi diperlukan untuk menjaga keselamatan diri.

Satu sentuhan cap jari adalah semua yang diperlukan untuk log masuk dan memulakan HUAWEI Matebook D14 2020 Intel Edition.

Ia juga dilengkapi dengan kamera tersembunyi yang dipasang pada papan kekunci, dan hanya berfungsi ketika dibuka, sehingga memastikan persekitaran kerja yang selamat dan lebih privasi.

Anda juga tidak perlu risau untuk membawa kabel dan pengecas tambahan kerana HUAWEI MateBook D14 2020 Intel Edition menyediakan pengecas Type-C 65W yang ringkas untuk mudah dibawa.

Reka bentuk futuristik yang sesuai

HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel tampil dengan reka bentuk estetik dengan kemasan logam yang futuristik.

Komputer riba ini menampilkan profil ringan dengan berat hanya 1.38kg dan ketebalan 15.9mm – satu dimensi yang luar biasa bagi komputer riba 14 inci.

Huawei MateBook D14 2020 Edisi Intel ini hadir didalam warna Mystic Silver, nisbah skrin ke badan 84% dan paparan anti silau dan berkilau, yang memberikan kepuasan visual yang anda perlukan untuk kegunaan harian.

Meningkatkan kemudahan dengan kerjasama pelbagai skrin pintar

Menyambungkan telefon dan komputer riba anda tidak pernah semudah ini dengan HUAWEI MateBook D14 2020 Intel Edition.

Memenuhi keperluan kerja dan masa lapang anda dengan kolaborasi multi-skrin pintar yang lancar – berhubung dengan pantas melalui telefon pintar HUAWEI dan komputer riba HUAWEI dengan hanya menyeret fail dari telefon pintar HUAWEI di skrin maya ke komputer riba HUAWEI.

Jaga kesihatan mata anda dengan Skrin HUAWEI MateBook D14 2020 Edisi Intel yang telah mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland yang mana skrin ini terbukti mampu melindungi mata anda dengan mengurangkan pendedahan cahaya biru yang boleh merosakkan retina anda.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk membeli Edisi Intel HUAWEI MateBook D14 2020 terbaru ini kini dapat melakukannya melalui pelbagai platform penjualan rasmi :

• HUAWEI Experience Store dan HUAWEI Online Store

• Kedai Harvey Norman yang terpilih

• Kedai Senheng yang terpilih

Kedai rasmi Huawei di Shopee

Sekiranya anda lebih suka membeli-belah dari keselesaan rumah anda, kunjungi HUAWEI 020 Delivery untuk membeli HUAWEI MateBook D14 2020 Intel Edition anda hari ini!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.