Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Pertama di Malaysia Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 888 akan dilancarkan malam ini

Telefon Pintar Pertama di Malaysia Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 888 akan dilancarkan malam ini 1

Telefon Pintar Pertama di Malaysia Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 888 akan dilancarkan malam ini 2
Pelancaran Xiaomi Mi 11 di Malaysia pada 8 malam ini akan menjadikan telefon pintar ini sebagai peranti pertama di Malaysia dengan cip pemprosesan Snapdragon 888.

Cip Qualcomm Snapdragon 888 5G adalah cip flagship generasi baharu daripada Qualcomm yang akan digunakan pada kebanyakkan telefon pintar flagship tahun ini.

Telefon Pintar Pertama di Malaysia Dengan Pemproses Qualcomm Snapdragon 888 akan dilancarkan malam ini 3

Selain itu, Spectra ISP pada Snapdragon 888 kini adalah 35% lebih pantas berbanding generasi sebelum ini dan di atas kertas ianya mampu memproses 2.7Gbps data imej didalam sesaat (120 gambar pada resolusi 12MP).

Selain itu, Snapdragon 888 juga akan hadir denhan modem 5G generasi ketiga syarikat ini iaitu Snapdragon X60 yang menawarkan sokongan sub-6, mmWave 5G dan hampir kesemua jalur 5G global serta sokongan dwi-SIM.

Snapdragon 888 juga menawarkan sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.2.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung pelancaran Xiaomi Mi 11 di Facebook Xiaomi Malaysia jam 8 malam ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.