Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 6 bakal menjadi telefon pintar pertama didunia dengan kadar segar semula 165Hz


Sementara kita menantikan detik pelancaran Nubia Red Magic 6 minggu hadapan, maklumat mengenai telefon pintar ini didedahkan sedikit demi sedikit.

Terbaru, Presiden Nubia iaitu Ni Fie telah berkongsi satu poster mengenai panel skrin paparan Nubia Red Magic 6 dan beliau sendiri telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru Nubia ini akan hadir dengan skrin yang memiliki kadar segar semula 165Hz.

Walaupun tidak menyatakan kadar bingkai bagi Nubia Red Magic 6, khabar angin menyebut bahawa ianya akan memiliki kadar segar semula 165Hz menjadikanya telefon pintar pertama dipasaran untuk menawarkan skrin dengan kadar segar semula setinggi ini.

Selain itu, Red Magic 6 juga akan disertakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 888, sistem penyejukan yang lebih baik dan bateri berkapasiti 4,500mAh yang memiliki pengecasan pantas 120W.

Selain Red Magic 6, Nubia juga dijangka akan melancarkan jam pintar Red Magic Watch minggu hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.