Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 kini ditawarkan dalam varian 128GB – harga dari RM 3,499 sahaja


Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan siri flagship terbaru syarikat ini iaitu Galaxy S21 kini tampil didalam storan dalaman 128GB yang hadir dengan harga penjualan lebih berpatutan.

Sebelum ini, kesemua model didalam siri Galaxy S21 hanya ditawarkan didalam kapasiti 256GB namun secara puratanya, storan dalaman 128GB sudah mencukupi bagi kebanyakkan pengguna.

Ini menjadikan harga penjualan Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra kini lebih murah iaitu antara RM 3,499 hinga RM 4,999 yang bermaksud ianya adalah RM 200-RM 300 lebih murah berbanding versi 256GB.

Berikut adalah harga penjualan Siri Samsung Galaxy S21 5G versi 128GB :

Samsung Galaxy S21 128GB – RM 3,499 (Phantom Grey)

Samsung Galaxy S21+ 128GB – RM 3,999 (Phantom Violet)

Samsung Galaxy S21 Ultra 128GB – RM 4,999 (Phantom Black)

Anda boleh mendapatkan varian terbaru Siri Galaxy S21 ini di Samsung Experience Stores, Rakan penjualan rasmi Samsung  and Samsung Malaysia Online Store.

Selain itu, Samsung juga menawarkan Galaxy Fit2, SmartTag dan Wireless Charger Trio secara percuma dengan pembelian mana-mana model didalam keluarga Samsung Galaxy S21.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.