Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 30 Pro 5G kini rasmi pada harga serendah RM 948 – Narzo 30A turut dilancarkan

realme Narzo 30 Pro 5G kini rasmi pada harga serendah RM 948 - Narzo 30A turut dilancarkan 9
realme secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar 5G pertama dibawah siri Narzo iaitu Narzo 30 Pro 5G bersama satu lagi model bajet iaitu realme Narzo 30A.

Berikut adalah spesifikasi realme Narzo 30 Pro 5G :

  • Skrin paparan Ultra Smooth 120Hz berukuran 6.5-inci
  • Pemproses MediaTek Dimensity 800U
  • RAM & Storan Dalaman : 6GB/64GB @ 8/128GB
  • Bateri 5,000mAh + Pengecasan Pantas 30W Dart Charge (0-100% dalam 65 minit).
  • Sensor utama 48MP + 8MP 119° Ultrawide + 2MP Ultra Makro
  • Sensor capjari pada butang kuasa + Hi-Res Audio & Dolby Atmos

realme Narzo 30 Pro 5G kini rasmi pada harga serendah RM 948 - Narzo 30A turut dilancarkan 10

realme Narzo 30 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Sword Black atau Blade Silver pada harga seperti berikut :

realme Narzo 30 Pro 5G 6/64GB – INR 16,999 (RM 948)

realme Narzo 30 Pro 5G 8/128GB – INR 19,999 (RM 1,116).

realme Narzo 30 Pro 5G kini rasmi pada harga serendah RM 948 - Narzo 30A turut dilancarkan 11

Beralih kepada realme Narzo 30A pula, ianya adalah telefon pintar mampu milik yang hadir dengan skrin paparan mini-drop fullscreen berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G85, 3 atau 4GB RAM dan storan dalaman antara 32 atau 64GB.

Selain itu, realme Narzo 30A juga hadir dengan dwi-kamera iaitu sensor utama 13MP dan sensor potret B&W 2MP selain kamera selfie HD 8MP.

realme Narzo 30A juga hadir dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang mempunyai teknologi pengecasan 18W.realme Narzo 30 Pro 5G kini rasmi pada harga serendah RM 948 - Narzo 30A turut dilancarkan 12

realme Narzo 30A ditawarkan didalam dua warna iaitu Laser Blue dan Laser Black dengan harga penjualan seperti berikut :

realme Narzo 30A 3/32GB – INR 8,999 (RM 502)

realme Narzo 30A 4/64GB – INR 9,999 (RM 558)

Buat masa ini realme Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A hanya ditawarkan di India.

Pelancaran di Malaysia mungkin berlangsung tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.