Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung umumkan Sensor ISOCELL GN2 50MP yang terbaru


Samsung secara rasminya telah mengumumkan sensor kamera 50MP terbarunya iaitu ISOCELL GN2 yang merupakan model susulan bagi GN1 yang dilancarkan tahun lalu.

ISOCELL GN2 dilengkapi dengan piksel yang lebih besar, penggunaan tenaga yang lebih baik dan teknologi PDAF yang baru yang iaitu Dual Pixel Pro.

Ukuran sensor ISOCELL GN2 adalah 1 / 1.12 “yang mana ianya adalah sensor terbesar pernah digunakan pada telefon pintar dan mempunyai piksel berukuran 1.4μm untuk hasil gambar yang sangat terperinci walaupun dalan tetapan biasa.

Sensor baru ini juga menawarkan kemampuan untuk mengambil gambar beresolusi 100MP melalui penyusunan semula piksel warna dengan teknologi “an intelligent re-mosaic algorithm”.

Pada hakikatnya, foto 100 MP adalah tiga lapisan 50 MP berwarna Hijau, Biru, dan Merah, dan kemudian dilapisi, ditingkatkan dan digabungkan untuk menghasilkan satu gambar beresolusi tinggi.

Sensor baru juga merupakan sensor pertama dari Samsung untuk membawakan teknologi Dual Pixel Pro – penyelesaian PDAF terbaik dari syarikat ini.

Hasilnya adalah pemfokusan auto yang pantas dan tepat dalam walaupun dalam keadaan sukar seperti persekitaran cahaya rendah atau objek bergerak pantas.

Ia juga dilihat mampu mengatasi batasan yang ada pada GN1, seperti mengesan garis selari atau garis mendatar, yang bermaksud sekarang ISOCELL GN2 dan semua kamera teknologi Dual Pixel Pro akan memberikan ada pemfokusan yang lebih pantas.

Samsung ISOCELL GN2 juga menawarkan fungsi Smart ISO Pro untuk penghasilan gambar HDR segera dengan gerakan yang lebih sedikit, rakaman video 1080p @ 480 fps atau 4K @ 120 fps.

Samsung juga telah mengesahkan bahawa Sensor GN2 telah mula dikilangkan sebelum digunakan pada telefon pintar tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.