Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M62 dengan bateri 7,000mAh bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mac ini


Samsung Galaxy M62 yang dilancarkan di pasaran India sebagai Galaxy F62 kini telah disenaraikan di laman sesawang rasmi Samsung Thailand.

Lebih menarik, pelancaran Samsung Galaxy M62 di Thailand pada 3 Mac ini juga akan menyaksikan telefon pintar terbaru Galaxy M ini memasuki pasaran Malaysia.

Buat masa ini, Samsung Galaxy M62 masih belum disenaraikan di Malaysia namun berdasarkan penyenaraian di laman Samsung Thailand memberikan kita maklumat spesfikasi telefon pintar ini.

Samsung Galaxy M62 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci, pemproses Exynos 9825 dan 8GB RAM.

Selain itu, Galaxy M62 juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor Ultrawide 12MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah sensor 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Samsung Galaxy M62 tampil dengan bateri berkapasiti 7,000mAh (berat peranti hanya 219 gram) dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 25W.

Samsung Galaxy M62 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hijau, biru dan hitam.

Harga penjualan Samsung Galaxy M62 masih belum diketahui dan bagi pasaran Malaysia, telefon pintar mungkin ditawarkan didalam kapasiti storan dalaman 256GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.