Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip dan Galaxy S20 FE kini lebih murah – penjimatan hampir RM 1,900


Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa dua peranti flagship 2020 iaitu Samsung Galaxy Z Flip dan Samsung Galaxy S20 FE kini akan hadir dengan harga penjualan yang lebih rendah iaitu hampir RM 1,900 lebih murah.

Samsung Galaxy Z Flip, telefon pintar dengan skrin lipat kini ditawarkan pada harga RM 3,999 sahaja iaitu RM 1,889 lebih rendah berbanding harga penjualan asal iaitu RM 5,888.

Samsung Galaxy Z Flip ini hanya ditawarkan didalam warna hitam sahaja.

beli Samsung Galaxy Z Flip di SINI

Beralih kepada model kedua yang menerima penurunan harga, ianya adalah Galaxy S20 FE yang mana terdapat dua varian iaitu versi 5G dengan Snapdragon 865 pada harga RM 2,999 (RRP 3,399) manakala versi 4G dengan pemproses Exynos pula hadir dengqn harga RM 2,299 sahaja (RRP 2,699).

Bercakap mengenai warna yang ditawarkan, Galaxy S20 FE 5G ditawarkan didalam 6 warna iaitu Cloud Mint, Cloud Lavender, Cloud Orange, Cloud Red, Cloud Navy dan Cloud White.

Dalam pada itu, pilihan warna pada Samsung Galaxy S20 adalah lebih terhad dimana hanya tiga warna ditawarkan iaitu Cloud Lavender, Cloud Orange dan Cloud Red.

beli Samsung Galaxy S20 FE di SINI

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S21 Ultra Malaysia – peranti flagship yang berciri Ultra pada semua aspek

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.