realme GT akan dilancarkan pada 4 Mac ini dengan Snapdragon 888 dan skrin AMOLED 120Hz
Sidang pameran MWC Shanghai akan bermula pada hari selasa dan sebelum bermula acara ini, realme telah mencuri tumpuan dengan meletakkan model telefon pintar realme GT pada booth mereka.
Berdasarkan beberapa gambar yang di muatnaik oleh pengguna Weibo, realme GT dilihat akan hadir dengan kemasan kulit berwarna kuning ‘Bumblebee’.
Selain itu, realme GT juga telah disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888, sehingga 12GB RAM (LPDRR5) dan storan dalaman sehingga 256GB (UFS 3.1).
Walaupun tiada sebarang imej bahagian hadapan, realme GT dijangka akan menawarkan skrin paparan AMOLED 120Hz dengan sensor capjari terbina pada skrin dan pengecasan pantas 65W.
realme GT akan dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac ini dan penampilan realme di MWC mungkin memberikan kita lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar flagship ini.