Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac ini


Asus telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming terbaru ROG Phone 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Mac ini.

Asus dilihat telah memutuskan untuk tidak menamakan generasi ROG Phone ini sebagai ROG Phone 4 dan terus melompat ke angka 5.

Selain itu, Asus juga telah membuka satu bahagian khas di laman rasmi yang menunjukkan ‘countdown’ ke majlis pelancaran ini dan majlis ini akan berlangsung pada jam 7 malam waktu Taipei (UTC +8).

Dalam pada itu, Asus tidak memberikan sebarang maklumat awal mengenai ROG Phone 5 ini namun ianya dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888 dengan 8 atau 16GB RAM.

Lebih-lebih lagi, ROG Phone 5 juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.58-inci, Android 11 dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Ketika artikel ini diterbitkan, pelancaran Asus ROG Phone 5 berbaki 18 Hari (5 jam).

Asus ROG Phone 5 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan April atau Mei 2020.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.