Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Caviar kini menawarkan konsol PlayStation 5 yang disaluti emas seberat 4.5kg pada harga RM 2.01 juta seunit


Caviar, syarikat yang terkenal didalam mengubah suai telefon pintar menjadi satu peranti mewah dengan salutan emas dan berlian kini telah mengumumkan penawaran konsol permainan terhangat dipasaran yang dilapisi emas.

PlayStation 5 Golden Rock yang ditawarkan oleh Caviar ini mempunyai harga $499,000 setiap satu atau sekitar RM 2.01 juta.

Jika anda berpendapat tiada sesiapa yang ‘gila’ untuk membeli PS5 edisi khas ini, anda salah, kerana syarikat ini telah menerima 1,342 permohonan bagi 9 unit PlayStation 5 Golden Rock yang akan dihasilkan oleh Caviar ini.

Projek konsol PlayStation 5 Golden Rock ini akan mengambil masa sekitar 4 bulan untuk dihasilkan dan Caviar telah melantik satu kontraktor barang kemas bagi proses pembuatan ini.

Setiap konsol PlayStation 5 Golden Rock keluaran Caviar ini akan disaluti emas 18-karat yang mempunyai berat 4.5 kilogram dan proses ini ini melibatkan 8 lapisan emas yang harus dibentuk menjadi corak geometrik dan dilekapkan pada PS5.

Dalam pada itu, alat kawalan PlayStation 5 Golden Rock ini akan dilapis dengan kulit buaya yang dicat warna hitam.

Versi konsol PlayStation 5 yang digunakan oleh Caviar adalah versi Digital.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.