Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari ini
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip 2021 mereka iaitu Mi 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Februari ini.
Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan pada 8 Februari yang lalu dan ianya merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Snapdragon 888.
Selain itu, jika anda masih menantikan pengumuman harga penjualan tempatan Xiaomi Mi 11, teka-teki ini akan terjawab pada pelancaran tempatan yang akan berlangsung pada 25 Februari ini pada jam 8 malam di Facebook Xiaomi Malaysia (https://m.facebook.com/XiaomiMalaysia/)
Berikut adalah spesifikasi Xiaomi Mi 11 :
- Skrin paparan WQHD+ AMOLED 6.18-inci (515ppi)
- Kadar segar semula 120Hz dengan adaptive Sync
- Snapdragon 888 (GPU Adreno 660)
- 8GB RAM LPDDR5 + storan dalaman
- 128/256GB (UFS 3.1)
- Sensor utama 108MP + ultrawide 13MP + Telemakro 5MP.
- Kamera selfie 20MP
- Bateri 4,600mAh (pengecasan pantas 55W)
- Adapter pengecasan disertakan dalam kotak
- Info lanjut di SINI