Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan akan memperkenalkan iPad Pro baharu , Apple AirTag dan AirPods 3 pada bulan Mac 2021


Menurut beberapa maklumat dalaman industri, Apple dilaporkan sedang bersedia untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga peranti baru pada bulan Mac ini.

Jon Prosser mendakwa bahawa Apple akan melancarkan Apple AirTag sebagai pencabar kepada Galaxy Smart Tag manakala generasi baru iPad Pro juga akan diperkenalkan pada Mac 2021.

Walaubagaimanapun, Prosser juga pernah mendakwa bahawa Apple AirTags akan dilancarkan pada Oktober yang lalu.

Beralih kepada Apple iPad Pro, tablet ini dijangka akan berkongsi reka bentuk yang sama seperti generasi yang lalu namun dengan cip A14 yang lebih berkuasa tinggi.

Selain itu, Apple iPad Pro 12.9-inci juga dilaporkan akan menggunakan teknologi panel skrin mini-LED.

Akhir sekali, LeaksApplePro juga mendakwa bahawa Apple AirPods 3 juga akan dilancarkan pada bulan Mac dan ianya mungkin merupakan AirPods Pro yang hadir tanpa ANC dengan harga jualan yang lebih murah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.