Apple iPhone 13 bakal hadir dengan skrin 120Hz Always-On & mod Astrofotografi
Khabar angin mengenai Apple iPhone 13 yang akan dilancarkan pada bulan September 2021 semakin membanjiri dunia teknologi.
Terbaru, Apple iPhone 13 dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 120Hz yang menyokong always-on display, sokongan mod astrofotografi dan magnet MagSafe yang lebih kuat.
Laporan terbaru ini adalah dari Max Weinbach yang merupakan leakster terkenal dan pernah memberikan beberapa maklumat tepat mengenai iPhone 12.
Menurut sumber ini, Apple iPhone 13 dijangka akan menampilkan teknologi always-on display yang akan digunakan pertama kali pada telefon pintar Apple dan ianya akan menggunakan teknologi yang sama seperti pada Apple Watch series 5 dan ke atas.
Selain itu, maklumat yang konsisten daripada semua adalah bahawa iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan menampilkan skrin paparan dengan kadar segar semula 120Hz dan ianya mungkin akan hadir dengan nama pemasaran ProMotion Display.
Dalam pada itu, chasis iPhone 13 dijangka akan kekal seperti generasi terkini dan penambahan skrin 120Hz dengan always-on tidak memerlukan sebarang perubahan dari segi reka bentuk chasis.
Lebih lanjut, mod astrofotografi juga akan menyaksikan iPhone 13 mampu mengambil gambar bulan dan bintang yang mana ianya memerlukan tetapan kamera yang rumit dan teknologi ini telah pun ditawarkan oleh syarikat seperti Huawei dan Samsung.
Akhir sekali, magnet MagSafe yang lebih kuat juga akan memastikan lekapan ketika pengecasan tanpa wayar adalah lebih kukuh dan tidak mudah tertanggal.
Siri Apple iPhone 13 dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2021 iaitu kembali kepada bulan pelancaran tahunan Apple.