Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Redmi Note 10 akan dilancarkan pada 4 Mac 2021

Pelancaran generasi baru siri Redmi Note yang terbaru iaitu Redmi Note 10 adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh pengguna.

Reputasi siri Redmi Note yang terkenal dengan spesifikasi premium pada harga mampu milik juga menyaksikan siri ini amat popular dan telah menambat jutaan pengguna global.

Kini, Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Redmi Note 10 akan dilancarkan pada  4 Mac 2021.

Berdasarkan teaser rasmi yang dikeluarkan oleh Xiaomi, Redmi Note 10 dijangka akan hadir dengan teknologi kamera yang lebih baik iaitu sensor 108MP.

Selain itu, Redmi Note 10 juga akan menyokong 5G dengan pengunaan cipset Snapdragon 750G, panel LCD dengan kadar segar semula yang lebih tinggi dan banyak lagi.

Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran Redmi Note 10 di mobilefokus.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.