Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 19

Pengenalan

Penghujung Tahun 2020 telah menyaksikan Huawei memperkenalkan telefon pintar flagship kedua tahunan mereka iaitu Siri Huawei Mate 40 walaupun isu penyenaraian hitam oleh kerajaan AS sejak beberapa tahun ini telah menjejaskan pengaruh di pasaran global.

Walaubagaimanapun, Huawei berazam untuk mengubah persepsi pengguna yang berpendapat ketiadaan GMS pada telefon pintar Huawei adalah sesuatu kekurangan yang amat ketara.

Sejak penyenaraian hitam ini, Huawei telah mula mempercepatkan pembangunan sistem operasi mereka yang tersendiri iaitu HarmonyOS selain meletakkan Huawei AppGallery sebagai stor aplikasi ketiga terbesar dunia.

Pelancaran Huawei Mate 40 , Huawei Mate 40 Pro dan Mate40 Pro+ memberikan syarikat ini satu lagi platform untuk menunjukkan syarikat ini telah boleh berdikari tanpa GMS dan bergantung sepenuhnya kepada HMS.

Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan penawaran Mate 40 Pro ke pasaran Malaysia dan buat masa ini ianya adalah satu-satunya model didalam siri Mate 40 untuk ditawarkan di pasaran tempatan.

Kami telah menerima unit ulasan Huawei Mate40 Pro dan berikut adalah ulasan penuh telefon pintar flagship terbaru Huawei di Malaysia.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 20

Reka Bentuk

Secara tradisinya, setiap generasi baharu Huawei Mate akan tampil dengan reka bentuk yang baru dan Huawei Mate 40 Pro juga tidak terkecuali.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 21

Antara ciri unik reka bentuk Huawei Mate 40 Pro yang akan pasti akan meninggalkan kesan mendalam kepada anda adalah panel skrin waterfall (melengkung pada sisi), modul kamera bulat dan kemasan yang memberikan refleksi gradiasi apabila didedahkan kepada cahaya.

Panel skrin yang digunakan pada Huawei Mate 40 Pro ini adalah jenis OLED yang melengkung 88 darjah pada bucu untuk perlindungan skrin yang lebih kukuh.

Pada bahagian belakang, Huawei Mate 40 Pro menampilkan reka bentuk kamera bulat yang bukan direka bentuk kerana astetik namun kejuruteraan dibelakang sensor kamera ini telah menyebabkan Huawei memilih reka bentuk modul kamera bulat.

Selain itu, pada bahagian tengah terdapat penjenamaan Leica yang sudah sinonim dengan Huawei.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 22

Huawei Mate 40 Pro hadir didalam beberapa pilihan warna antaranya adalah Mystic Silver seperti unit reviu kami dan ianya adalah satu warna yang ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Dalam pada itu, sebagai sebuah telefon pintar flagship, Mate 40 Pro juga hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68 selain pembesar suara stereo.

Ukuran Dimensi Huawei Mate 40 Pro adalah 162.9×75.5×9.1mm dengan berat 212 gram.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 23

Skrin Paparan

Huawei Mate 40 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.76-inci yang memiliki resolusi 1344×2772 piksel dengan kadar segar semula 90Hz dan kepadatan piksel 456ppi.

Sokongan kadar segar semula 90Hz pada Huawei Mate 40 Pro ini juga turut ditawarkan pada Mate 40 dan Mate 40 Pro+.

Selain itu, skrin paparan Huawei Mate 40 Pro ini juga menawarkan tiga pilihan kadar segar semula pada tetapan iaitu Standard (60Hz), Ultra (90Hz) dan Dynamic yang berubah mengikut kandungan yang dipaparkan pada skrin.

Lebih-lebih lagi, tahap kecerahan maksima skrin paparan ini adalah 807nits dan Huawei menawarkan dua mod skrin untuk anda iaitu Natural dan Vivid.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 24

Pemproses

Huawei Mate 40 Pro boleh dikatakan sebagai telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset 5nm iaitu Kirin 9000 juga didakwa sebagai cipset terakhir keluaran syarikat ini.

Pemproses octa-core Kirin 9000 ini juga mempunyai modem terbina dalam cipset yang juga pertama kali ditawarkan pada telefon pintar.

Selain itu, Kirin 9000 juga hadir dengan unit pemprosesan grafik Mali G78 dan unit reviu kami hadir dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk kepastian anda, Huawei Mate 40 Pro juga menyokong rangkaian 5G yang dijangka tidak akan ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Selain itu, Huawei Mate 40 Pro tampil dengan EMUI 11 yang membawakan anda HMS yang bermaksud sekali lagi tiada sokongan rasmi bagi aplikasi Google melalui Google Mobile Services.

Walaubagaimanapun, ini tidak memberi maksud anda tidak boleh memuatnaik aplikasi Android kegemaran anda yang tersedia di Huawei AppGallery atau melalui carian di Petal Search yang memberikan anda kemudahan untuk memuatnaik aplikasi kegemaran anda dengan lebih mudah.

Menyentuh sedikit mengenai ciri biometrik pada Huawei Mate 40 Pro, ianya tampil dengan sensor capjari terbina pada skrin selain Face unlock yang menggunakan sensor ToF dan ini bermaksud ianya lebih selamat berbanding pengunaan kamera biasa dan turut boleh dalam keadaan yang gelap.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 25

Kamera

Huawei Mate 40 Pro menampilkan tiga sensor kamera yang mana dua daripada sensor ini diwarisi dari Huawei P40 iaitu sensor utama dan sensor telefoto manakala sensor ultrawide adalah unit RGB 20MP.

Selain itu, sensor utama Huawei Mate 40 Pro adalah unit 50MP RYYB manakala sensor telefoto persikop 12MP menawarkan Huawei Mate 40 Pro kebolehan pengzooman sehingga 50x ( boleh digunakan untuk mengambil gambar bulan) dan sensor ini juga menawarkan anda pengambilan gambar makro.

Pada bahagian hadapan, Huawei Mate 40 Pro hadir dengan kamera selfie 13MP dengan fokus tetap namun ianya masih mampu menawarkan anda kualiti fotografi selfie yang memuaskan.

Secara keseluruhanya, gambar yang diambil melalui Huawei Mate 40 Pro adalah sangat baik dan ini adalah pada semua sensor yang digunakan.

Selain itu, master AI juga membantu meningkatkan saturasi warna manakala kualiti gambar yang diambil pada waktu malam juga merupakan satu bidang kepakaran Huawei sebagai syarikat pertama untuk menawarkan mod malam pada telefon pintar beberapa tahun lalu.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 51

Bateri

Huawei Mate 40 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,400mAh yang mana kapasiti ini bukanlah sesuatu yang tinggi berbanding telefon pintar flagship yang lain.

Walaubagaimanapun, perbezaan kapasiti bateri yang dimiliki Huawei Mate 40 Pro dengan pencabar terdekat yang lain tidak begitu ketara dan pengunaan skrin 90Hz juga boleh dilihat sebagai penyumbang kepada jangka hayat bateri yang baik.

Huawei Mate 40 Pro dilihat mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang baik untuk anda melakukan apa sahaja yang anda mahu tanpa perlu risau akan kehabisan bateri.

Selain itu, Huawei Mate 40 Pro juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge pada kadar 66W yang memberikan anda pengecasan dari 0-100% didalam masa 45 minit sahaja.

Huawei juga harus dipuji kerana menyertakan adapter yang menyokong kadar pengecasan 66W tanpa perlu anda beli secara berasingan.

Selain itu, pengecasan tanpa wayar adalah pada kadar 50W manakala pengecasan berbalik juga disokong.

ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro - Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik 52

Penutup

Huawei Mate 40 Pro mempunyai semua pakej yang harus dimiliki oleh sebuah telefon pintar flagship khususnya dari segi prestasi pemproses dan kamera.

Selain itu, kematangan HMS dan Huawei AppGallery juga memberikan Huawei Mate 40 satu platform yang lebih kukuh untuk menarik pengguna di Malaysia dengan pelbagai aplikasi popular tempatan kini ditawarkan.

Huawei Mate 40 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,299 dan pembelian boleh dilakukan secara talian di Huawei Online Store

Promosi CNY 2021 HUAWEI akan berlangsung pada 25 hingga 27 Januari ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.