realme kini syarikat telefon pintar ke-7 terbaik dunia – hanya dalam masa 2 tahun selepas ditubuhkan
realme baru-baru ini telah diumumkan sebagai jenama telefon pintar antarabangsa yang paling pesat berkembang di dunia untuk tahun 2020.
realme telah melonjak ke kedudukan ke-7 di peringkat pasaran global yang mengatasi beberapa jenama terkemuka dipasaran seperti LG dan Lenovo
Counterpoint telah mengumumkan pencapaian ini dalam laporan telefon pintar terbarunya bagi suku ke-4 2020 yang menyaksikan jualan realme meningkat 65% berbanding tahun 2019 kepada 42.4 juta unit telefon pintar tahun lalu.
realme telah menjadi tumpuan utama dalam industri telefon pintar, menggunakan kaedah inovatif dari aspek pengguna dan produk untuk meningkatkan bahagian pasarannya secara agresif.
Dalam persekitaran ekonomi di mana hampir semua pemimpin industri utama mengalami kerugian, realme adalah salah satu daripada dua jenama telefon pintar utama yang mencatatkan pertumbuhan sepanjang tahun 2020.
Lebih menakjubkan, pada awal tahun 2020, realme hanya ditawarkan di 35 pasaran namun pertumbuhan luar biasa syarikat ini menyaksikan realme menutup tahun 2020 dengan 61 pasaran (peningkatan hampir 100%).
Lebih-lebih lagi, jumlah pengguna realme juga telah meningkat melebihi 100% iaitu dari 25 juta kepada lebih dari 50 juta pengguna.