Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi 5G Kelas Flagship &  Skrin Paparan Super AMOLED 120Hz 

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi 5G Kelas Flagship &  Skrin Paparan Super AMOLED 120Hz 

realme, satu nama yang tidak asing lagi di arena telefon pintar global dan tempatan telah mengumumkan bahawa pelancaran telefon pintar pertama syarikat ini pada tahun 2021 iaitu realme X7 Pro 5G akan berlangsung pada 26 Januari ini.

Tahun 2020 telah menyaksikan realme mengembangkan portfolio produk syarikat dengan memperkenalkan beberapa produk AIoT dan produk penjagaan diri yang telah mendapat sambutan luar biasa di Malaysia secara spesifiknya.

Sehubungan dengan itu, realme Malaysia telah mengumumkan pelancaran realme X7 Pro yang selaras dengan semangat Dare to Leap syarikat ini.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, 2021 menyaksikan realme akan memperkenalkan satu telefon pintar 5G kelas flagship sebagai telefon pintar pertama tahun ini.

Cipset Flagship MediaTek Dimensity 1000+ Yang Membawa Teknologi 5G

realme X7 Pro telah dilengkapi dengan cipset berkuasa tinggi keluaran MediaTek iaitu Dimensity 1000+.

Lebih-lebih lagi, cipset ini menjanjikan pengguna satu pakej pemprosesan yang seimbang dan tidak lupa sokongan rangkaian generasi baharu iaitu 5G.

Walaupun 5G masih belum ditawarkan di Malaysia, mengetahui bahawa realme X7 Pro mampu menyokong rangkaian 5G tempatan sebaik sahaja ianya ditawarkan pasti merupakan satu kelebihan yang tidak mahu pengguna lepaskan.

Berikut adalah kelebihan teknologi 5G yang terdapat pada realme X7 Pro :

Teknik Penjimatan MediaTek 5G UltraSave

Pengesan isyarat rangkaian dan teknologi tafsiran kandungan OTA yang dimiliki MediaTek 5G UltraSave dapat menguruskan mod operasi modem secara langsung bagi meningkatkan kecekapan kuasa.

MediaTek 5G UltraSave dapat menyesuaikan mod dan penggunaan kuasa secara dinamik mengikut keperluan rangkaian dan kadar kelajuan data.

Teknologi Smart 5G

Teknologi rangkaian 4G dan 5G berada pada tahap wujud bersama. Teknologi Smart 5G akan mengesan keadaan isyarat rangkaian sekeliling dan beralih dari 4G ke 5G.

Pengurusan rangkaian yang pintar membolehkan teknologi 5G pada realme X7 Pro menawarkan penjimatan bateri sehingga 30%.

Skrin Paparan 120Hz Super AMOLED

Sebagai sebuah telefon pintar flagship, kadar segar semula dan panel skrin yang dimiliki realme X7 Pro adalah antara yang terbaik di pasaran.

realme X7 Pro menampilkan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.55-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz selain kadar pensampelan sentuhan 240Hz.

Kadar segar 120Hz bermaksud skrin ini menyokong sehingga 120 bingkai sesaat samada anda sedang melayari media sosial, menonton video dengan kadar bingkai yang tinggi atau bermain permainan video kegemaran anda.

Dalam pada itu, realme X7 Pro juga menyokong kadar pensampelan sentuhan 120/240Hz yang mana berbanding kadar pensampelan sentuhan 120Hz, realme X7 Pro tampil dengan fungsi tetapan kadar pensampelan automatik yang menyumbang penggunaan tenaga  dan prestasi yang lebih seimbang.

Selain itu, pada mod game, realme X7 Pro menampilkan kadar pensampelan maksima 240Hz yang menjanjikan tindak balas kepada sentuhan yang lebih pantas.

Dwi Saluran + Dwi Wi-Fi 

realme X7 Pro hadir dengan keupayaan untuk menggunakan rangkaian Wi-Fi dan 5G secara serentak, seterusnya meningkatkan kelajuan dan kestabilan rangkaian. 

Selain itu, telefon pintar ini juga boleh disambungkan kepada dua jalur Wi-Fi yang berbeza secara serentak sekaligus membolehkan anda pelayaran internet yang lebih pantas dan stabil.

Akhir sekali, realme X7 Pro memberikan anda penggunaan 5G pada kedua-dua slot SIM dan antena isyarat 360° juga memastikan rangkaian 5G sentiasa stabil dan kuat sepanjang masa.

Kadar kecerahan maksima 1200nits dan Ciri Eye Protection Yang Lebih Menyeluruh 

realme X7 Pro menggunakan bahan pencahayaan E3 baru, yang 30% lebih terang berbanding E2. 

Dalam pada itu, realme X7 Pro menawarkan pengguna perubahan kecerahan yang lebih lancar dan kecerahan skrin ini juga disesuaikan secara automatik di bawah keadaan persekitaran yang berbeza.

Selain itu, kadar kecerahan skrin telefon pintar 5G terbaru realme ini adalah 800nits iaitu dibawah cahaya matahari manakala kadar kecerahan maksima adalah 1200nits.

Bercakap mengenai tahap pelindungan mata, realme X7 Pro menawarkan pelindungan mata daripada komponen yang digunakan.

Kadar cahaya biru yang dilepaskan oleh realme X7 Pro adalah 7.5% lebih rendah manakala tempoh tindak balas imej dinamik hanya 8.3ms, dan kecerahan manual minimum hanya 2nit.

Tambahan lagi, realme X7 Pro juga menyokong pelarasan kecerahan automatik dan banyak lagi.

realme X7 Pro akan mula ditawarkan untuk pembelian pada 2 Februari ini dimana pada hari pertama jualan di Shopee, anda boleh menikmati diskaun tambahan bernilai RM 50 yang menjadikan harga realme X7 Pro ini adalah RM 1949 berbanding harga asal RM 1999.

Beli realme X7 Pro di Shopee

Anda boleh mengikuti realme di Facebook realme Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lanjut. 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.