Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 mula dijual 29 Januari – promosi menarik bagi pembelian mana-mana model siri Galaxy S21


Siri Samsung Galaxy S21 yang dilancarkan pada 14 Januari dan pra-tempahan telefon pintar flagship terbaru Samsung ini akan dibuka sehingga 28 Januari ini.

Ini bermaksud mulai 29 Januari, Siri Samsung Galaxy S21 akan mula ditawarkan di Malaysia secara rasmi dan Samsung telah mengumumkan satu kempen promosi yang akan berlangsung dari 29 Januari hingga 31 Mac 2020.

Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa setiap pembelian telefon pintar siri Galaxy S21 akan menerima satu unit Galaxy Fit2 (RM 179), satu unit Galaxy SmartTag (RM 119) dan Wireless Charger Trio (RM 399) secara percuma.

Berikut adalah maklumat harga jualan Siri Samsung Galaxy S21 di Malaysia :

Samsung Galaxy S21 5G 8/256GB – RM 3,699
Samsung Galaxy S21+ 5G 8/256GB – RM 4,299
Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 12/256GB – RM 5,299
Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 16/512GB – RM 5,899

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan satu festival teknologi virtual yang akan berlangsung di Samsung Malaysia Instagram dari 29 Januari sehingga 31 Januari 2021 yang akan menyaksikan 21 Influencer berkongsi maklumat dan ciri terkini Siri Galaxy S21 melalui 21 siaran livestream.

Saksikan JinnyBoy, Andi Bernadee, Daiyan Trisha, Yaya Zahir, Epicism Boys dan banyak lagi berkongsi pendapat dan kelebihan menggunakan telefon pintar siri Galaxy S21 didalam kehidupan harian mereka.

Maklumat lanjut mengenai promosi terbaru daripada Samsung boleh diketahui di SINI

Baca : Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.