Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro Malaysia – Telefon Pintar Flagship 5G Berkuasa Tinggi Yang Elegan dan Menawan

realme X7 Pro Malaysia – Telefon Pintar Flagship 5G Berkuasa Tinggi Yang Elegan dan Menawan

Tahun 2020 telah menyaksikan realme mencatat beberapa tonggak sejarah yang mengukuhkan lagi kedudukan ini sebagai salah satu syarikat telefon pintar global terkemuka.

Selain itu, evolusi realme sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai produk pintar dan penjagaan diri juga telah menyaksikan syarikat ini memperkenalkan barisan produk AIoT dan penjagaan diri yang mendapat sambutan luar biasa.

Sehubungan dengan itu, realme dijangka akan meneruskan momentum positif mereka pada tahun 2021 selaras dengan semangat ‘Dare to Leap’ yang merupakan DNA utama syarikat ini.

Tahun ini, realme berazam untuk terus menawarkan teknologi terkini pada peranti harga berpatutan dengan motif untuk mempopularkan teknologi terkini sekaligus membawa teknologi lebih dekat kepada pengguna.

Sehubungan dengan itu, tahun 2021 juga akan menyaksikan beberapa teknologi futuristik yang pertama kali ditawarkan didalam industri.

Dalam pada itu, realme telah mengesahkan bahawa realme X7 Pro akan memasuki pasaran Malaysia dan ianya memperlihatkan usaha realme untuk menawarkan telefon pintar kelas flagship terbaik kepada pengguna tempatan.

Dalam pada itu, realme X7 Pro juga akan menjadi satu lagi telefon pintar 5G daripada realme dan ianya akan ditawarkan dengan cipset MediaTek Dimensity 1000+.

Lebih-lebih lagi, realme X7 Pro juga boleh diklasifikasikan sebagai telefon pintar 5G paling ringan di pasaran iaitu dengan berat 184 gram sahaja.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Note 20 5G mempunyai berat 192gram , Galaxy Note20 Ultra pula mempunyai berat 208gram manakala Apple iPhone 12 Pro hadir dengan berat 187gram.

Lebih-lebih lagi, apabila dibandingkan dengan generasi flagship terdahulu, realme X7 Pro mempunyai profil reka bentuk yang lebih kecil hasil penggunaan komponen utama yang lebih kompak.

Sebagai contoh, modul sensor cap jari yang digunakan pada hampir 91% lebih nipis manakala panel skrin pula adalah 29.4% lebih nipis berbanding generasi lalu.

Beralih kepada reka bentuk, realme X7 Pro menggunakan tekstur lensa cembung premium, dan mesin pengukir terbaik untuk mengukir garis tekstur mikron pada panel belakang.

Lebih-lebih lagi, panel belakang realme X7 Pro ini juga mempunyai kemasan “berlapis” di tengah yang secara beransur-ansur berubah menjadi kesan “segitiga” pada bahagian sisi,

Telefon pintar 5G terbaru realme ini hadir warna yang amat unik iaitu warna warni Skyline White melalui proses yang dikenali sebagai strategi 2+2+1 iaitu ‘Double-Grain, Double-Pated dan Gelas Anti-Glare’.

Dua tekstur yang berbeza digabungkan untuk menghasilkan satu tekstur berlapis, kemudian lapisan ini ditutup dengan dua lapisan untuk mendapatkan kemasan aliran warna psychedelic, dan akhirnya kaca AG digunakan untuk meningkatkan tekstur visual permukaan kaca.

Kesimpulannya, reka bentuk kompleks yang digunakan pada realme X7 Pro pasti akan memberikan pengguna satu pengalaman penggunaan telefon pintar kelas flagship yang terbaik dipasaran.

realme X7 Pro akan mula ditawarkan untuk pembelian pada 2 Februari ini dimana pada hari pertama jualan di Shopee, anda boleh menikmati diskaun tambahan bernilai RM 50 yang menjadikan harga realme X7 Pro ini adalah RM 1949 berbanding harga asal RM 1999.

Beli realme X7 Pro di Shopee

Untuk maklumat yang lanjut mengenai realme X7 Pro ikuti Facebook realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.