Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor V40 5G kini rasmi – Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244

Honor V40 5G kini rasmi - Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244 11
Pada penghujung minggu lalu, Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar pertama mereka selepas syarikat ini dijual oleh HUAWEI.

Honor V40 5G kini rasmi - Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244 12

Honor V40 5G adalah model tersebut dan ianya tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.72-inci yang memiliki kadar segar semula 120Hz dan tebukan punch hole berbentuk pil yang menempatkan dua unit sensor selfie.

Beralih kepada pemproses, Honor V40 5G tampil dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+ yang dipadankan dengan 8GB RAM dan terdapat dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Honor V40 5G kini rasmi - Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244 13
Pada bahagian belakang, Honor V40 5G menampilkan tiga sensor kamera iaitu satu sensor RYYB 50MP, satu sensor ultra-wide 8MP dan satu sensor makro 2MP. Selain itu, terdapat juga pemfokusan auto laser.

Honor V40 5G kini rasmi - Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244 14

Honor V40 5G juga tampil dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga membawakan sokongan pengecasan pantas 66W (0-100% dalam masa 35 minit).

Pengecasan pantas Honor V40 5G juga tidak kurang hebatnya iaitu pada kadar 50W yang memberikan anda 50% pengecasan dalam masa 35 minit.

Honor V40 5G hadir dengan Magic UI 4.0 namun masih dengan Android 10.

Pelancaran antarabangsa telefon pintar ini masih belum diketahui dan tiada juga sebarang kepastian samada telefon pintar ini sudah boleh menggunakan Google Mobile Services.

Honor V40 5G kini rasmi - Skrin OLED 120Hz, Dimensity 1000+ pada harga dari RM 2,244 15
Honor V40 5G hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Night Black, Titanium Silver dan Rose Gold.

Berikut adalah harga jualan Honor V40 5G di China :

Honor V40 5G 8/128GB – CNY 3,599 (RM 2,244)

Honor V40 5G 8/256GB – CNY 3,999 (RM 2,493)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.