Samsung Galaxy Watch 4 akan menawarkan bacaan kadar gula dalam darah
Satu laporan dari Korea ET News mendedahkan bahawa Apple dan Samsung sedang berusaha untuk mendapatkan ciri bacaan gula dalam darah pada jam pintar generasi baharu keluaran mereka yang akan dilancarkan tahun ini.
Laporan yang lebih tertumpu kepada Samsung, juga mendedahkan bahawa syarikat gergasi Korea ini akan mengumumkan tiga model peranti pintar pada Majlis Unpacked kedua tahun ini.
Jam pintr Samsung ini dijangka akn diumumkan bersama generasi telefon pintar foldable Galaxy Z yang terbaru.
Ciri ini menggunakan sensor optik yang dapat mengesan tahap glukosa darah (gula), yang sangat penting bagi orang yang menghidap penyakikt diabetes.
Ini biasanya melibatkan pengambilan darah dan menggunakan alat yang mengesan jumlah glukosa dalam sampel darah.
Kaedah yang dilaporkan akan digunakan oleh Samsung adalah berdasarkan spektroskopi Raman dan dikembangkan oleh penyelidikan yang dilakukan oleh Samsung dan MIT.
Sensor optik akan mengumpul maklumat dari gelombang yang dihasilkan oleh getaran melalui sinar laser selepas mengenai permukaan kulit.
Apple dan Samsung telah berjaya memperkenalkan keupayaan ECG pada Apple Watch Series 6 dan Samsung Galaxy Watch 3.
Kedua-dua syarikat ini sudah pastinya perlu mendapatkan kelulusan kerajaan sebelum ciri-ciri tersebut dapat digunakan kerana ini adalah teknologi yang melibatkan perubatan.