Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro 5G kini rasmi di Malaysia – hanya RM 1949 pada 2 Februari 2020 di Shopee


realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan realme X7 Pro ke pasaran tempatan dan telefon pintar ini hadir dengan harga penjualan dari RM 1,999.

realme X7 Pro 5G hadir dengan panel skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Dari segi dalaman, realme X7 Pro hadir dengan cipset MediaTek 1000+ 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM (LPDRR4x) dan storan dalaman 256GB jenis UFS 2.1.

Beralih kepada kamera pula, realme X7 Pro 5G menampilkan tetapan Quad-Kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor B&W Potret 2MP dan sensor makro 2Mp. kamera selfie adalah 32Mp.

realme X7 Pro juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 65W SuperDart Charge.

realme X7 Pro 5G akan mula ditawarkan di Malaysia pada 2 Februari ini pada harga RM 1999 namun sempena jualan pertama di Shopee, anda boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM 50 menjadikan harga promosi adalah RM 1949 sahaja.

Beli realme X7 Pro 5G di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.