Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga dari RM 3,699


Siri Samsung Galaxy S21 telah dilancarkan lewat malam tadi dan sejurus selepas selesai sahaja majlis pelancaran ini, Samsung Mobile Malaysia telah mula membuka pra-tempahan bagi telefon pintar terbaru Galaxy S ini.

Samsung Galaxy S21 Ultra, S21+ dan S21 kini rasmi – apa yang anda perlu tahu tentang peranti flagship terbaru Samsung ini

Berikut adalah harga penjualan mengikut varian yang akan ditawarkan di Malaysia :

Samsung Galaxy S21 5G 8/256GB – RM 3,699

Samsung Galaxy S21+ 5G 8/256GB – RM 4,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 12/256GB – RM 5,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 16/512GB – RM 5,899


Promosi pra-tempahan

Samsung Galaxy S21 5G & Samsung Galaxy S21+ 5G – percuma Samsung Galaxy Buds Live dan Samsung SmartTag serta langganan YouTube Premium Percuma.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G – percuma Samsung Galaxy Buds Pro, Samsung SmartTag dan langganan YouTube Premium.

Anda juga boleh menebus satu unit Samsung ANC Earphone (Type-C) yang bernilai RM 299 secara percuma dengan memasukkan kod SCS21VIP ketika melakukan pra-tempahan di Samsung Online Store

Pra-Tempah Samsung Galaxy S21 5G 

Pra-Tempah Samsung Galaxy S21+ 5G 

Pra-Tempah Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

pra-tempahan akan dibuka sehingga 28 Januari 2021 atau sehingga stok masih ada.

Pra-tempahan juga boleh dibuat di Samsung Experience Store, Rakan penjual rasmi Samsung dan Stor Samsung Online.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.