Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S21 Ultra, S21+ dan S21 kini rasmi – apa yang anda perlu tahu tentang peranti flagship terbaru Samsung ini


Samsung secara rasminya telah melancarkan siri Samsung Galaxy S21 didalam majlis Unpacked pertama bagi tahun 2021 dan tumpuan utama terarah kepada keputusan Samsung untuk tidak lagi menawarkan adapter pengecasan didalam kotak, yang mengikut jejak langkah Apple.

Siri Samsung Galaxy S21 terdiri daripada tiga model telefon pintar iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Reka Bentuk Siri Samsung Galaxy S21 adalah sama dimana pada bahagian hadapan dan belakang telefon ini dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus manakala rangka yang digunakan adalah jenis keluli AL7s10 yang juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk ( Samsung Galaxy S21 hanya tampil dengan panel belakang Glastic).

Siri Samsung Galaxy S21 juga menyokong rakaman video 8K, rakaman video 4K 60fps melalui semua sensor kamera dan Super Zoom 100x (Galaxy S21 Ultra sahaja).

Samsung Galaxy S21 5G

Samsung Galaxy S21 5G boleh dikatakan sebagai model paling murah didalam keluarga S21 ini dan ianya hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.2-inci yang mempunyai resolusi FHD+ 2400 x 1800 (421ppi) dan kadar segar semula 120Hz – adaptive.

Samsung Galaxy S21 5G tampil dengan pemproses Exynos 2100 yang di padankan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128 atau 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy S21 5G tampil dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 12MP f/1.8, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor telefoto 64MP f/2.0. Kamera selfie adalah 10MP f/2.2.

Selain itu, Samsung Galaxy S21 5G juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang ditawarkan dengan teknologi pengecasan 25W Super Fast Charging, pengecasan tanpa wayar 15W dan Wireless Power Share.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy S21 5G adalah WiFi-6 dan pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos.

Samsung Galaxy S21 5G akan ditawarkan didalam empat pilihan warna iaitu Phantom Whote, Phantom Grey, Phantom Pink Dan Phantom Violet.

Samsung Galaxy S21+ 5G

Samsung Galaxy S21+ 5G tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7-inci yang mempunyai resolusi FHD+ 2400 x 1800 (394ppi) dan kadar segar semula 120Hz – adaptive.

Samsung Galaxy S21+ 5G tampil dengan pemproses Exynos 2100 yang di padankan dengan 8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128 atau 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera pula, Samsung Galaxy S21+ 5G berkongsi tetapan kamera yang sama seperti pada Galaxy S21 iaitu modul tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 12MP f/1.8, sensor ultrawide 12MP f/2.2 dan sensor telefoto 64MP f/2.0. Kamera selfie adalah 10MP f/2.2.

Selain itu, Samsung Galaxy S21+ 5G mempunyai bateri berkapasiti 4,800mAh yang ditawarkan dengan teknologi pengecasan 25W Super Fast Charging, pengecasan tanpa wayar 15W dan Wireless Power Share.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy S21+ 5G adalah WiFi-6, UWB Tracking dan pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos.

Samsung Galaxy S21+ 5G akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Phantom Silver Dan Phantom Violet.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Samsung Galaxy S21 Ultra adalah model mercu didalam keluarga Galaxy S21 ini dan ianya tampil dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x WQHD+ berukuran 6.8-inci dengan resolusi 3200 x 1440 (515ppi) dan kadar segar semula yang sama seperti model S21 yang lain iaitu 120Hz – adaptive.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G tampil dengan pemproses Exynos 2100 yang di padankan dengan 12 atau 16GB RAM dengan tiga kapasiti storan dalaman iaitu 128, 256 atau 512GB.

Sebagai model mercu, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G juga hadir dengan spesifikasi kamera yang lebih baik iaitu modul quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 108MP f/1.8, sensor ultrawide 12MP f/2.2, sensor telefoto 10MP f/2.4 dan satu sensor telefoto 10MP f/4.9 Selain pemfokusan auto laser ToF. Kamera selfie Samsung Galaxy S21 Ultra adalah 40MP.

Selain itu, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh yang ditawarkan dengan teknologi pengecasan 25W Super Fast Charging, pengecasan tanpa wayar 15W dan Wireless Power Share.

Lain-lain spesifikasi Samsung Galaxy S21 Ultra 5G adalah WiFi-6E, sokongan S-Pen (dijual berasingan) , UWB Tracking dan pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos.

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G hadir didalam dua pilihan warna iaitu Phantom White Dan Phantom Black.

Harga Jualan di Malaysia

Samsung Galaxy S21 kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia dengan harga penjualan seperti berikut :

Samsung Galaxy S21 5G 8/256GB – RM 3,699

Samsung Galaxy S21+ 5G 8/256GB – RM 4,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 12/256GB – RM 5,299

Samsung Galaxy S21 Ultra 5G 16/512GB – RM 5,899

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.